15 Asnaf Terima Sumbangan Sempena Bulan Ramadan

UKAS  > Edisi-Selatan >  15 Asnaf Terima Sumbangan Sempena Bulan Ramadan
0 Comments

KHAMIS, 30 MAC 2023

KUCHING: Seramai 15 orang golongan asnaf dari Kampung Nombor 5 menerima sumbangan sempena bulan Ramadan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki bersempena dengan Program Jelajah Ramadhan-Ihsan Ramadhan di Surau Nurul Islam, Kampung Nombor 5, pada Rabu.

Program anjuran Biro Agama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Cawangan DUN N8 Satok berkenaan adalah sebagai amalan bersedekah di samping menyantuni penduduk setempat sekaligus membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Selain itu, Dato Ibrahim turut menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Surau Nurul Islam Kampung No 5, Abdullah Jamil bagi membantu jawatankuasa surau mengadakan aktiviti pada bulan Ramadan ini dan disaksikan oleh Ketua Biro Agama PBB Cawangan N8 Satok, Helmi Othman. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *