Hotel Sheraton Komited Jaga Kepentingan Halal Masyarakat Muslim

UKAS  > Edisi-Selatan >  Hotel Sheraton Komited Jaga Kepentingan Halal Masyarakat Muslim
0 Comments

SABTU, 10 FEBRUARI 2024

KUCHING: Hotel Sheraton, Kuching telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi terhadap Pensijilan Halal Malaysia.

Dalam satu kenyataan media Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada Sabtu berkata, pihak syarikat telah membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan telah berjaya mendapatkan kelulusan. 

“Pihak JAIS amat menghargai inisiatif pihak Hotel Sheraton dalam usaha menjaga kepentingan halal khususnya kepada masyarakat muslim,” kata kenyataan itu. 

Penyerahan sijil pengesahan halal secara rasmi Hotel Sheraton telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha kepada Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Hospitality) Micheal Ho dan Pengurus Besar, George Van Oosten di Hotel tersebut pada Jumaat. 

Turut hadir Ketua Bahagian, Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Ustaz Ramzen Ambi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *