Premier Sarawak Teruskan Kunjungan Tahun Baharu Cina

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Premier Sarawak Teruskan Kunjungan Tahun Baharu Cina
0 Comments

SABTU, 10 FEBRUARI 2024

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengadakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 di kediaman Presiden Dewan Perniagaan Cina Sarawak, Dato Tan Jit Kee di sini pada Sabtu. 

Beliau yang diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Belia sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tiba di kediaman Tiang pada jam 2.45 petang. 

Ketibaan Datuk Patinggi Abang Zohari serta isteri  disambut mesra oleh Dato Tan Jit serta keluarga sebelum beliau meluangkan masa selama hampir satu jam di situ.

Datuk Patinggi Abang Zohari turut berkesempatan menyempurnakan upacara menggaul Yee Sang sebagai simbolik sambutan perayaan itu yang melambangkan simbol kesejahteraan dan kemakmuran.

Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut mengadakan kunjungan ke rumah mantan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam di Fairway Villa di sini petang Sabtu.

Selain Dato Sri Abdul Karim, yang turut megiringi Premier Sarawak ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Gahazli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan. 

Terdahulu, Datuk Patinggi Abang Zohari menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *