TYT Adakan Kunjungan TBC Ke Kediaman Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak

UKAS  > Edisi-Tengah >  TYT Adakan Kunjungan TBC Ke Kediaman Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
0 Comments

SABTU, 10 FEBRUARI 2024

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengadakan kunjungan perayaan Tahun Baru Cina ke kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pada Sabtu. 

Di situ, beliau bersama tetamu jemputan lain berkesempatan menyempurnakan simbolik menggaul Yee Sang sebagai tanda kesejahteraan dan menyambut tuah.

Antara turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, Datuk Amar Puan Sri Jamilah Anu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dijangka tiba bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *