ADUN Tellian Berkunjung Sempena Tahun Baharu Cina Di Mukah

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Tellian Berkunjung Sempena Tahun Baharu Cina Di Mukah
0 Comments

AHAD, 11 FEBRUARI 2024

MUKAH : Nilai kekeluargaan dan keharmonian dalam perpaduan rakyat di negeri ini perlu sentiasa dipupuk dan dipertahankan setiap masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat walaupun hidup dalam masyarakat majmuk yang mengamalkan sikap toleransi tinggi.

“Rakyat Sarawak juga harus saling menghormati adat kepercayaan, budaya dan agama yang diamalkan oleh rakan-rakan dalam kita hidup bermasyarakat.

“Hal ini dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat bahkan mampu menjadikan negara Malaysia, lebih-lebih lagi di Sarawak sebagai sebuah negara bangsa yang harmoni dengan kepelbagaian agama, bangsa dan kaum,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa kunjungan Tahun Baharu Cina di Mukah pada Sabtu.

Royston Valentine telah berkesempatan menziarahi keluarga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Mukah Yeo Tiong Ing, Penghulu Henry Lee Liong Ing, Pengerusi Tua Pek Kong Mukah Liong Kin Lee, Pengerusi Persatuan Chiang Chuan Mukah, dan Kapitan Ting Siew Leong.

Suasana Tahun Baharu Cina di Mukah dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa serta mercun di samping pelbagai juadah disediakan untuk hidangan tetamu.

Turut hadir bersama, Pemangku Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip, Pegawai Khas Pusat Khidmat P.213 Mukah, Almahakim Norshidi, Pegawai Tadbir Daerah Mukah Nolin Gendang, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta barisan Wanita, Pemuda dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.57 Tellian. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *