Datuk Michael Tiang Sasar Selesai Projek Sakit Di Bawah Kementeriannya Tahun Ini

UKAS  > Edisi-Tengah >  Datuk Michael Tiang Sasar Selesai Projek Sakit Di Bawah Kementeriannya Tahun Ini
0 Comments

AHAD, 11 FEBRUARI 2024

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee mensasarkan untuk menyelesaikan beberapa projek sakit di bawah kementeriannya pada tahun ini.

Menurutnya, sebanyak 33 projek sakit dikenal pasti pada tahun lepas dan angka tersebut telah menurun kepada 31 projek sehingga Januari tahun ini.

“Apabila saya mengatakan ‘sakit’, maksudnya projek masih hidup (berjalan). Masih bernafas. Masih ada harapan.

“Ia hanyalah masalah teknikal yang perlu kita atasi,” katanya ketika ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman beliau pada Ahad. 

Mengenai majlis rumah terbuka itu, Datuk Michael Tiang percaya dengan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat, membolehkan semua jenis perayaan di negeri ini disambut secara bersama-sama dalam keadaan harmoni.

“Kita sedang menuju ke arah negeri maju dan makmur menjelang 2030. Saya yakin kita mampu mencapainya selagi kita terus bersatu padu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, kementeriannya juga akan melancarkan jerayawara bertujuan mempromosikan tribunal perumahan strata di seluruh Sarawak.

Beliau menjelaskan, matlamatnya adalah untuk memastikan rakyat Sarawak sedar bahawa sebagai pembeli rumah, mereka mempunyai akses kepada tribunal perumahan.

“Bagi mereka yang membeli harta hak milik strata, adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat tribunal hak milik strata khusus yang tersedia.

“Tribunal yang baru ditubuhkan ini direka untuk melindungi dan melindungi hak pengguna dan saya akan mempromosikannya secara aktif di seluruh negeri,” tambah beliau.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *