Kampung Sidanu Akan Dibangunkan Dari Semasa Ke Semasa

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kampung Sidanu Akan Dibangunkan Dari Semasa Ke Semasa
0 Comments

AHAD, 11 FEBUARI 2024

STAKAN: Kampung Sidanu, Stakan akan terus dibangunkan dari semasa ke semasa dengan beberapa projek pembangunan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.

Jelasnya ia akan dilakukan sama seperti kampung-kampung lain di kawasan DUN berkenaan yang merangkumi pelbagai aspek termasuk projek pembinaan dan naik taraf mengikut keperluan.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Sukan Rakyat dan Pesta Jualan Tahunan Kampung Sidanu di sini pada Sabtu.

Dalam pada beliau turut merasmikan program anjuran Komuniti Kampung Sidanu yang berlangsung di Dewan Kampung Sidanu.

Beliau berharap Kampung Sidanu dapat menjadi contoh bagi masyarakat Bidayuh dan penganjuran program tersebut dapat dilaksanakan masa akan datang bagi mengeratkan silaturahim masyarakat di sini.

Dalam kesempatan itu, Datuk Hamzah mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada penduduk kampung dan berharap perpaduan kaum sentiasa dikekalkan demi keharmonian Sarawak. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *