Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina Ringankan Beban Penerima Bantuan Kebajikan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina Ringankan Beban Penerima Bantuan Kebajikan
0 Comments

AHAD, 11 FEBRUARI 2024

BETONG: Golongan kurang bernasib terus disantuni dengan bantuan sekali gus menceriakan kumpulan sasar itu terutama ketika musim perayaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam menerusi inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan itu secara tidak langsung dalam membantu dalam meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Dengan bantuan yang diberikan, bantuan ini harap dapat menceriakan penerima bantuan di samping berharap dapat membantu meningkatkan kualiti hidup di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina pada baru-baru ini yang melibatkan 158 orang penerima.

Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina yang diadakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima bantuan kebajikan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata program itu disifatkan sebagai medium meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat tentang kebajikan golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.

Turut hadir, Ahli Parlimen Betong Dr. Richard Rapu, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak Mohd Hafiz Kepli, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong Samad Bin Kassim, Temenggong Piee Alwi dan Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *