Kejohanan Sepak Takraw Gabungan KRT Muara Bunut & Saberkas Cawangan Meradong Dapat Sambutan Menggalakkan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Kejohanan Sepak Takraw Gabungan KRT Muara Bunut & Saberkas Cawangan Meradong Dapat Sambutan Menggalakkan
0 Comments

ISNIN, 12 FEBRUARI 2024

BINTANGOR: Penganjuran Kejohanan Sepak Takraw Gabungan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Muara Bunut dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Meradong mendapat sambutan menggalakkan.

Ia telah disertai oleh 16 pasukan yang terdiri dari Sarikei, Pakan, Julau, Sibu Dan Bintangor dengan sambutan yang amat baik di kawasan belia-belia Muara Bunut di samping aktiviti yang amat faedah ketika cuti sekolah.

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintangor Datuk Ding Kuong Hiing merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong di Padang Futsal Muara Bunut Bintangor pada Ahad.

Dalam ucapan Datuk Ding, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengelola kerana berjaya menganjurkan kejohanan yang melibatkan golongan belai di Daerah Meradong.

Ujarnya, ia juga merupakan salah satu cara agar belia tidak mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat ketika cuti sekolah.

Bagi menyemarakkan lagi pertandingan tersebut, lapan pasukan yang berjaya memasuki suku akhir akan disalurkan RM100 setiap pasukan dan lapan pasukan yang tidak berjaya pula disalurkan RM50 setiap pasukan.

Selain itu katanya, semakin banyak program dan aktiviti dilaksanakan melalui SABERKAS Cawangan Meradong bersama belia di daerah itu tahun ini.

Pada majlis tersebut, Datuk Ding turut menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Rumah Panjang James Berandah yang terlibat dengan kebakaran pada 6 Oktober tahun lepas.

Beliau turut menyalurkan sumbangan juga kepada KRT Muara Bunut dengan nilainya RM 2,000 kepada KRT Muara Bunut untuk menjalankan aktiviti tahunan.

Hadir sama, Pengerusi KRT Muara Bunut merangkap Setiausaha Saberkas Cawangan Meradong Dominic Amor, Penghulu Abas Banyi dan Tuai Rumah James Berandah. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *