Tiada Pemindahan Ke PPS Setakat Ini

UKAS  > Edisi-Selatan >  Tiada Pemindahan Ke PPS Setakat Ini
0 Comments

ISNIN, 12 FEBUARI 2024

KUCHING: Hujan lebat yang melanda Kuching sejak dua hari lalu telah mengakibatkan kenaikan paras air di beberapa kawasan rendah. 

Hasil pemantauan kawasan berisiko banjir di sekitar Kuching oleh Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuching mendapati kawasan Kampung Rantau Panjang telah dinaiki air pada paras 0.9 meter.

Sebanyak enam buah rumah yang melibatkan 43 orang penduduk telah terjejas namun tiada sebarang proses pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan setakat ini. 

Manakala itu, keadaan di kawasan Kampung Sinar Budi Baru masih lagi terkawal dengan paras air yang semakin menurun dan laluan di jalan utama masih dapat dilalui. 

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkembangan kawasan yang dilanda banjir kini boleh menghubungi nombor 082252940 atau 082252941 untuk tindakan segera. -EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *