TEBEDU: Sebanyak 110 unit lampu jalan telah dipasang dari Kampung Terbat Leban hingga ke Kampung Mapu Kijabu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup menerusi peruntukan berjumlah RM1 juta di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Datuk Martin Ben berkata, projek pemasangan lampu jalan itu akan diteruskan ke beberapa kawasan lain secara berperingkat bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan penduduk luar bandar, khususnya pada waktu malam.
Menurut beliau, antara laluan yang akan turut menerima pemasangan lampu jalan ialah sepanjang jalan dari Kampung Krusen ke Bunan Mongkos, Jalan Mentung, Paon Rimu/Entayan/Kampung Slabi hingga ke Pridan dan Kampung Sangai Mawang.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian projek tersebut di Dewan Serbaguna Kampung Terbat Leban, pada Khamis.
Beliau turut memaklumkan bahawa kawasan DUN Tebedu juga akan menerima pelaksanaan projek sama menggunakan peruntukan di bawah GKCDA
Dalam kesempatan itu juga, Datuk Martin turut menyerahkan enam keping cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah Rm36,000 kepada tiga orang Ketua kampung yang mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro wanita dn kelab belia .
Turut hadir, ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada dan Pegawai Tadbir khas GKCDA Datuk Ik Pahon Joyik. -EDISI UKAS