Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2018.
UKAS berperanan sebagai agensi komunikasi rasmi Kerajaan Sarawak. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran awam, ketelusan, dan penglibatan rakyat dengan menyampaikan dasar, inisiatif serta pencapaian kerajaan secara berkesan kepada rakyat Sarawak.
UKAS merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Premier Sarawak.