Pra Gawai DUN Meradong Diteruskan Di Nanga Stras, Jalan KJD & Skim B Meradong
MERADONG: Program Pra Gawai Hari Ke-21 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong diteruskan dengan siri lawatan ke beberapa rumah panjang di Nanga Stras, Jalan KJD dan Skim B Meradong pada Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bersama rombongan meneruskan program yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusannya untuk mendekati rakyat serta menyantuni masyarakat rumah panjang menjelang sambutan Hari Gawai.
Sepanjang lawatan itu, beliau berpeluang beramah mesra dengan penduduk setempat selain mendengar sendiri pandangan, keperluan dan isu semasa yang dihadapi oleh komuniti rumah panjang.
Dalam pada itu, Datuk Ding turut menyampaikan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti komuniti sempena sambutan Hari Gawai 2026.
Suasana lawatan turut diserikan dengan sambutan mesra penduduk yang mula membuat persiapan menyambut Hari Gawai dalam suasana penuh kemeriahan.-EDISI UKAS