TEBEDU: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Datuk Martin Ben menyantuni penduduk Kampung Gahat Mawang menerusi Lawatan Muhibbah yang berlangsung di kediaman Ketua Kaum (KK) Johness Lalong, di sini, pada Selasa.
Lawatan ke kediaman Ketua Kaum (KK) Johness Lalong itu bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri dan masyarakat setempat, malah menghargai jalinan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Dalam ucapannya, beliau turut mengimbau kembali kenangan ketika aktif dalam Pergerakan Pemuda sekitar tahun 1990-an hingga awal 2000-an serta merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan oleh penduduk Kampung Gahat Mawang.
Sebagai tanda penghargaan terhadap hubungan baik dengan masyarakat setempat, Datuk Martin meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada gereja bagi pembinaan projek Grotto, RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gahat Mawang serta RM3,000 kepada Biro Wanita kampung berkenaan. -EDISI UKAS