![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
LUNDU: Tujuh projek pembinaan dewan serbaguna di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar kini memasuki peringkat akhir sebelum diserahkan kepada komuniti setempat, dengan beberapa kerja pembaikan perlu diselesaikan dalam tempoh tiga minggu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, pemeriksaan akhir bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) itu penting bagi memastikan setiap projek memenuhi tahap kualiti, keselamatan dan keselesaan yang ditetapkan sebelum digunakan penduduk.
Pemeriksaan melibatkan Dewan Serbaguna Kampung Pidilam, Kampung Sepadah, Kampung Tanjam/Opek, Kampung Serayan Hulu, Kampung Sebako 1, Kampung Temaga Cina dan Kampung Serayan Hilir.
Menurut beliau, beberapa kerja pembaikan dan kemasan masih perlu diselesaikan oleh pihak kontraktor dan subkontraktor, termasuk pemasangan papan manis, kerja melantai semula ruang utama dewan dan pentas serta meratakan sebahagian tiang di kawasan pentas.
Turut dikenal pasti ialah kerja menanam saluran paip sinki, penyambungan paip air graviti, pembaikan bubble roll yang rosak, menembok tanah di sekitar manhole serta pemasangan kotak meter elektrik.
Selain itu, ruang siling yang masih terbuka di bahagian tepi luar pentas perlu ditutup, manakala kerja pembersihan dan kekemasan keseluruhan dewan turut perlu dilaksanakan.
Billy berharap semua kerja berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga minggu bagi membolehkan proses penyerahan projek kepada komuniti dilaksanakan mengikut perancangan.
Beliau turut menyeru semua pihak yang terlibat supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan projek pembangunan di bawah Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) dapat disiapkan dengan baik dan memberi manfaat kepada penduduk di kampung masing-masing.-EDISI UKAS