Marchelin Maria Juara Ratu Bilanting Serian 2026, Menang RM2,500
SERIAN: Marchelin Maria Martin dari Kampung Tematu, Kuching muncul juara Pertandingan Ratu Bilanting sempena Serian Rafting Challenge Edisi Ke-13 Tahun 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.
Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem, menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di Dewan Kampung Tebakang Bidayuh, di sini, Sabtu.
Abby Natalie Andhy dari Kampung Taee menduduki tempat kedua dengan hadiah RM1,500, manakala Sarafina Arista Nigel dari Kampung Raso 2, Lundu, meraih tempat ketiga dengan hadiah RM1,200.
Bagi kategori sampingan, Sarafina Arisya Jihel memenangi Best Walk, Abby Natalie meraih Miss Photogenic, manakala Marchelin Maria turut dinobatkan sebagai Best Traditional Costumes.
Pertandingan itu menjadi platform mengetengahkan bakat wanita dan keunikan pakaian tradisional, sekali gus melengkapi pengisian kebudayaan dalam acara berkenaan serta menyokong usaha mempromosikan tarikan pelancongan di Serian.
Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Serian, Dato Peter Minos dan Setiausaha Majlis Daerah Serian, Jannice Abraham. -EDISI UKAS