33 Masyarakat India Muslim Terima KGC

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  33 Masyarakat India Muslim Terima KGC
0 Comments

RABU, 7 APRIL 2021

KUCHING: Seramai 33 orang masyarakat India Muslim di sini telah mendaftar dan menerima Kenyalang Gold Card (KGC) daripada kerajaan negeri Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu pelbagai kemudahan dan manfaat ditawarkan khas kepada pemegang kad tersebut.

“Kita mempunyai rakan strategik yang memberi diskaun, rebat 10 peratus dan lain-lain daripada pelbagai organisasi dan sektor komersial.

“Selain itu, apabila pemegang kad ini meninggal dunia, warisnya boleh memohon Bantuan Ihsan Kematian (BIK) bagi urusan pengkebumian dan pengurusan jenazah,” katanya dalam Majlis Pendaftaran KGC Liga India Muslim di Kuching pada Selasa.

Tambah beliau, selain daripada KGC, kementeriannya turut menyediakan bantuan lain seperti Bantuan Ibu Bersalin, Endowment Fund Sarawak (EFS) dan lain-lain lagi.

Dalam majlis sama, beliau turut merasmikan rekabentuk dan pembinaan Pusat Komuniti India Muslim Sarawak (SIMCC) .

Pengerusi Liga India Muslim Kuching, Abdul Jaleel Majid dalam ucapannya telah memohon dana berjumlah RM2 juta bagi membantu komuniti tersebut melengkapkan pembinaan SIMCC itu.

Menjawab kepada permohonan itu, Dato Sri Fatimah memberitahu akan mengemukakan cadangan tersebut kepada ketua menteri dalam masa yang terdekat.-EDISI UKAS