Penduduk Rumah Dangat Dan Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan Terima Bantuan Makanan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Penduduk Rumah Dangat Dan Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan Terima Bantuan Makanan
0 Comments

SELASA, 13 APRIL 2021

BINTANGOR: Penduduk Rumah Dangat, Sungai Kawi di Bintangor yang kini sedang menjalani perintah sekatan pergerakan telah menerima bantuan makanan.

Bantuan 68 pek makanan itu diserahkan Jabatan Kebajikan Bahagian Sarikei dan Daerah Meradong kepada penduduk, pada Isnin.

Bantuan serupa turut diberikan kepada penduduk di Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan.

Pengagihan yang dibantu pihak bomba Bintangor itu melibatkan bantuan makanan sebanyak 184 pek.

Penduduk kampung tersebut juga sedang menjalani perintah sekatan pergerakan. -EDISI UKAS