863 Rumah Di Kampung Tunku dan Kampung Malaysia Jaya Terima Tong Kitar Semula

UKAS  > Edisi-Selatan >  863 Rumah Di Kampung Tunku dan Kampung Malaysia Jaya Terima Tong Kitar Semula
0 Comments

SABTU, 17 APRIL 2021

KUCHING: Sebanyak 863 buah rumah di Kampung Tunku dan Kampung Malaysia Jaya menerima tong kitar semula bagi meningkatkan kadar kitar semula di kawasan berkenaan.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pemberian tong itu adalah bagi projek perintis pengasingan sisa pepejal dan kitar semula.

Berucap ringkas dalam program itu baru-baru ini, beliau yang juga ADUN Samariang memberitahu, inisiatif tersebut turut menggalakkan amalan mengurus sisa dengan baik.

Malah katanya, ia secara langsung meningkatkan kesedaran dan mewujudkan sistem pengasingan sisa pepejal dan kutipan bahan kitar semula.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan. -EDISI UKAS