Pustaka Negeri Sarawak Anjur Pameran Perkembangan Islam Di Sarawak

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pustaka Negeri Sarawak Anjur Pameran Perkembangan Islam Di Sarawak
0 Comments

RABU, 21 APRIL 2021

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak menganjurkan Pameran Sarawakiana yang bertajuk “Perkembangan Islam di Sarawak” yang diadakan mulai 15 April hingga 30 Jun 2021. 

Dalam kenyataan medianya pada Isnin, pameran diadakan di Ruang Rujukan, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak bermula dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

“Objektif pameran adalah untuk berkongsi maklumat mengenai sejarah dan perkembangan Islam di Sarawak, ulama-ulama di Sarawak dan perkembangan Pendidikan Islam di Sarawak,” katanya. 

Dalam pada itu, orang awam juga boleh melayari pameran ini secara dalam talian melalui saluran YouTube rasmi – PustakaSarawak. 

Pameran ini adalah terbuka kepada orang awam dan penyertaan adalah percuma.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my)/ Natalia Muhammad (nataliam@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.