ADUN Kabong Agih Geran Khas Perdana Menteri, Projek Kecil Luar Bandar

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Kabong Agih Geran Khas Perdana Menteri, Projek Kecil Luar Bandar
0 Comments

JUMAAT, 30 APRIL 2021

KABONG: Sebanyak 22 persatuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri untuk kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Mohd Chee Kadir berjumlah RM160,000.

Antara pertubuhan yang menerima peruntukan tersebut ialah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kabong, Kelab Warga Emas Kabong, RELA Kabong, Kelab Badminton Kabong, Kelab Pétanque Kabong, Kelab Bola Sepak Bersepai dan Kelab Bola Sepak Begal Legends.

Penerima lain ialah Persatuan Angkatan Perisai Warisan Seni Dan Riadah (PERISAI) Daerah Kabong, Persatuan Penjaja Kabong, Fantastic Fitnes Kabong, SABERKAS Cawangan Kabong, Persatuan Ibu Tunggal (PITSA) Cawangan Kabong, Persatuan Kelab Anak Muda Islam (KAMI) Kabong Serta Kepada 2 Buah Sekolah Iaitu SK Abang Moh Sessang dan SJK Chung Hua Kabong.

Majlis diadakan secara ringkas pada Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan cek telah diserahkan oleh Mohd Chee.

Terdahulu, Mohd Chee menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Kabong kepada masjid dan surau kawasan DUN Kabong sempena Ramadan 1442 Hijrah bertempat di Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Sebelumnya, beliau turut menyerahkan geran sama kepada beberapa masjid dan surau sekitar Kampung Gerigat, Kampung Nyabor, Kampung Sessang, Kampung Emplam dan Kampung Alit.

Antara yang menerima geran berkenaan ialah Masjid Assabirin, Kabong, Surau Darul Ehsan Kampung Hilir Kabong, Surau Darul Taqwa Kampung Hulu Kabong, Surau Amanah Kampung Hilir Darat Kabong, Surau Al-Muttaqqin PIBG Abang Leman Kabong, Surau Darul Taqwa Sungai Endot, Surau Darul Nadwah, Kampung Hulu Darat, Kabong dan Surau Metang Disa, Kabong. – EDISI UKAS