JKM Sumbang Makanan Kepada Penduduk Rh. Jefferson Rimong

RABU, 5 MEI 2021

ENGKILILI : Sebanyak 38 pek bungkusan makanan telah diagihkan kepada 66 orang penduduk Rumah Jefferson Rimong, Selindong Ulu, Engkilili pada Selasa.

Sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman itu adalah bagi membantu penduduk rumah terbabit yang diarahkan menjalani kuarantin bermula 2 Mei 2021 hingga 15 Mei 2021.

Rata-rata penduduk rumah panjang tersebut berasa gembira dan berterima kasih atas keprihatinan JKM Bahagian Sri Aman atas bantuan yang diberi -EDISI UKAS