ADUN Jemoreng Sertai Program Santunan Kasih Kumpulan Tadarus Dan Jemaah Terawih Jemoreng

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Jemoreng Sertai Program Santunan Kasih Kumpulan Tadarus Dan Jemaah Terawih Jemoreng
0 Comments

ISNIN, 10 MEI 2021

MATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya meluangkan masa menyertai program Santunan Kasih Kumpulan Tadarus Dan Jemaah Terawih N.44 Jemoreng di enam masjid dan surau sekitar Matu.

Program diadakan pada Ahad itu bermula dengan solat Isya di Masjid Kampung Bawang disusuli solat terawih berjemaah di surau Kampung Berjaya.

Dato’ Dr Juanda kemudian meneruskan solat terawih dan witir di Masjid Lama Kampung Tian, disusuli mengadakan aktiviti tadarus Al-Quran bersama para jemaah di Surau Kampung Treng Matu, Surau Kampung Dagang Matu dan Masjid Sekaan Besar Matu.

Beliau turut menyampaikan duit raya kepada kesemua jemaah di setiap masjid dan surau yang dilawati.

Setiap masjid dan surau juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti menyediakan QR kod, buku pelawat, alat pengesan suhu badan, dan pembersih tangan. – EDISI UKAS