Projek Bina Pembentung Di Jalan Atap, Kampung Badul Siap

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Bina Pembentung Di Jalan Atap, Kampung Badul Siap
0 Comments

KHAMIS, 13 MEI 2021

BAU: Majlis Daerah Bau (MDB) melakukan pemeriksaan akhir projek bina pembentung di Jalan Atap Kampung Badul yang siap sepenuhnya pada Rabu.

Projek di bawah peruntukkan khas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg itu telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM30,000 oleh kontraktor yang dilantik Majlis Daerah Bau.

Pada Januari lepas hujan lebat berterusan dan arus air banjir yang deras telah mengakibatkan pembentung di kawasan berkenaan mengalami kerosakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep seterusnya membawa perkara tersebut kepada Ketua Menteri Sarawak dan seterusnya memohon peruntukan bagi kerja-kerja membaik pulih kerosakan yang diakibatkan oleh bencana tersebut. -EDISI UKAS