Seramai 50 KMKK Sarikei Hadir Taklimat Kepolisan Komuniti

JUMAAT, 21 MEI 2021

Sarikei : Seramai 50 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Daerah Sarikei telah menghadiri taklimat Program kepolisan komuniti yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Sarikei.

Taklimat yang diadakan di Sarikei Innovation Centre (SIC) pada Khamis itu menekanan peranan KMKK komuniti Iban semasa sambutan Hari Gawai yang menjelang tiba.

Peserta perlu jelas dengan setiap langkah dan juga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan adalah untuk kebaikan semua bagi mengelakkan penularan COVID-19 semasa Hari Gawai.

Sementara itu, antara lain objektif program turut memaklumkan peserta mengenai perkembangan terkini kes COVID-19 di Daerah Sarikei terutamanya dengan trend peningkatan kes di bahagian tersebut.

Dengan itu taklimat menyentuh tindakan yang perlu diambil semua pihak termasuk tanggungjawab komuniti di peringkat kampung dan rumah panjang.

KMKK turut digesa memastikan penduduk mereka sentiasa mematuhi langkah-langkah dan SOP yang telah ditetapkan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS