Bantuan Makanan Kepada Individu Diarah Kuarantin Di Rumah

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Bantuan Makanan Kepada Individu Diarah Kuarantin Di Rumah
0 Comments

SABTU, 22 MEI 2021

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah memutuskan akan menyalur bantuan makanan kepada individu yang menjalani perintah kuarantin di rumah daripada Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam sidang media pelancaran ‘Food Aid’ COVID-19 di Kuching pada Sabtu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu ia akan berkuatkuasa bermula 24 mei ini.

“Kepada sesiapa yang diarahkan kuarantin, kita akan bagi kupon bekalan makanan bersama arahan perintah kuarantin dengan menggunakan kaedah pandu lalu di pusat sehenti COVID-19 bagi di Kuching

“kadarnya mengikut seorang iaitu RM50 untuk satu orang”

Jelas beliau bantuan itu akan diberikan dalam masa dua minggu dan sekiranya tempoh kuarantin dilanjutkan, mereka akan dibekalkan lagi.

Dalam pada itu semasa ditemual media, Dato Sri Fatimah memberitahu selain di Kuching, modus operandinya mungkin  berbeza di tempat-tempat lain setelah mengambilkira faktor keadaan dan fasiliti setempat.

Sementara itu beliau menyarankan Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau orang perseorangan yang ingin memberikan sumbangan untuk menyalurkannya melalui One Stop Center dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bagi tujuan rekod dan penyelarasan.

Selain itu, sekiranya ada mereka yang telah mendapat perintah kuarantin rumah sebelum 24 Mei, mereka boleh memohon bantuan kepada pihak JKMS untuk dipertimbangkan bantuan diberikan.  -EDISI UKAS