AHAD, 23 MEI 2021
BINTULU: Seramai 27 Ketua Isi Rumah (KIR) Block-K PPR Bandaria Park telah menerima sumbangan bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip pada Jumaat.
Bantuan makanan ini susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dilaksanakan di kawasan itu sebagai membendung penularan wabak COVID-19.
Bantuan disampaikan wakil Pusat Khidmat DUN Jepak Reduan Nahar kepada penduduk dan diharap dapat meringankan beban yang ditanggung penghuni blok ini sepanjang PKPD di blok ini. -EDISI UKAS