Ahli Parlimen Kota Samarahan Tinjau Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Asajaya

UKAS  > Edisi-Selatan >  Ahli Parlimen Kota Samarahan Tinjau Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Asajaya
0 Comments

AHAD, 23 MEI 2021

SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang turun padang meninjau Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Asajaya bertempat di Kompleks Sukan Asajaya pada Sabtu.

Sejurus tiba, beliau diiringi oleh Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat dan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Asajaya, Dr. Sarah Chew.

Rubiah Wang ketika ditemubual berkata, beliau menghargai inisiatif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyediakan pusat vaksinasi di daerah itu.

“Hari ini saya difahamkan seramai 300 penduduk di Daerah Asajaya akan diberikan suntikan vaksinasi COVID-19.

“Perkara ini akan diteruskan serta dilaksanakan secara berperingkat-peringkat demi memastikan setiap penduduk yang boleh divaksin akan menerima suntikan berkenaan” katanya.

Justeru beliau menyeru kepada semua yang telah mendapat temujanji untuk suntikan vaksin berkenaan supaya hadir dan datang pada masa yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS