727 Tangkapan Berkaitan Dadah Dan Substance Sepanjang April 2021

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  727 Tangkapan Berkaitan Dadah Dan Substance Sepanjang April 2021
0 Comments

ISNIN, 24 MEI 2021

KUCHING: One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah Dan Substance (MIDS) terus komited dalam menangani isu penagihan dadah dan substance di negeri ini.

Menurut Menteri Kebajikan Kesejahteraan Wanita Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah, sebanyak 569 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dan sebanyak 727 tangkapan berjaa direkodkan sepanjang April 2021.

Sepanjang bulan April 2021, sebanyak 569 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Kastam dan AADK Sarawak.

“Hasil operasi tersebut, sebanyak 727 tangkapan telah direkodkan dengan 51 adalah melibatkan pengedaran, 169 memiliki dadah dan substance serta 507 adalah individu yang disaring positif urin” katanya demikian dalam sidang media laporan berkala OSC MIDS APRIL 2021 di Kuching pada Isnin.

Sementara itu, Dato’ Sri Fatimah berkata pihaknya akan terus memberi fokus kepada tindakan intervensi berbentuk rawatan dan pemulihan kepada mereka yang terjebak daripada terus menyalahguna dadah dan substance.

Untuk itu, keputusan telah dibuat untuk menubuhkan tujuh pusat rawatan ketagihan sehenti (OSCA) di klinik kesihatan yang terpilih di seluruh Sarawak.

“Kita akan tubuhkan antaranya di daerah Lawas, Limbang, Subis, Betong, Bau, Bintulu, Sibu yang dikategorikan berisiko tinggi di sarawak” ujarnya.-EDISI UKAS