200 Orang Di Song Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Tengah >  200 Orang Di Song Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19
0 Comments

RABU, 26 MEI 2021

SONG: Seramai 200 orang menerima suntikan dos pertama  vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song pada Selasa.

Dos pertama vaksin tersebut telah diberikan kepada orang awam dan mereka yang mempunyai penyakit kronik bermula 24 Mei sehingga 30 Mei ini.

Manakala bagi dos kedua pula akan dilakukan pada 15 Jun nanti.

Secara keseluruhanya penerima vaksin yang ditemui  bersedia dan bersemangat mengambil vaksin bagi pelindungan diri keluarga dan masyarakat.-EDISI UKAS