ADUN Sebuyau Bantu Warga Emas Terlantar

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Sebuyau Bantu Warga Emas Terlantar
0 Comments

SELASA, 1 JUN 2021

SEBUYAU: Seorang warga emas dikenali sebagai Senah Li yang terlantar sakit di Kampung Sungai Ladong Sebangan menerima sumbangan bantuan.

Sumbangan adalah daripada Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Bantuan tersebut berupa wang tunai dan barangan makanan keperluan harian yang telah disampaikan oleh wakil ADUN Sebuyau, iaitu Setiausaha PBB Cawangan Sebuyau, Jemat Chi pada Selasa. 

Bantuan yang diberikan itu diharap sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan menampung kos perbelanjaan.

Sementara itu, anak warga emas terlantar itu merakamkan penghargaan kepada Datuk Julaihi atas sumbangan yang diberikan kepada ibunya.

“Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Datuk Julaihi atas penyerahan sumbangan kepada ibu saya yang terlantar sakit,” kata anak kepada Senah. – EDISI UKAS