ADUN Muara Tuang Tinjau SJR & Pos Kawalan PKPD

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Muara Tuang Tinjau SJR & Pos Kawalan PKPD
0 Comments

RABU, 2 JUN 2021

SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang turun padang meninjau beberapa lokasi sekatan jalan raya (SJR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pos kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini pada Selasa.

Antara lokasi sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditinjau ialah Jalan Expressway, Kota Samarahan, berhampiran Jambatan Kuap dan Jalan Datuk Mohd Musa, berhampiran Kem Muara Tuang.

Seterusnya, beliau meninjau ke pos kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sindang Baru dan Kampung Tanjung Bundong di sini.

Dalam lawatan itu, Dato’ Idris Buang memohon orang ramai agar bekerjasama dengan petugas hadapan sepanjang tempoh PKP dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 supaya keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

Sementara itu beliau juga sempat bersama para petugas dan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang melakukan kerja-kerja pembungkusan bantuan makanan di Dewan Suarah Samarahan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Tanjung Bundong yang dikenakan arahan PKPD. -EDISI UKAS