ADUN Repok Santuni Anggota PDRM, RELA Laksana SJR

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Repok Santuni Anggota PDRM, RELA Laksana SJR
0 Comments

RABU, 2 JUN 2021

REPOK: Sebagai menghargai pengorbanan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sarikei dan RELA dalam mengekang penularan wabak Covid-19, ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii tampil menyumbang makanan dan minuman.

Sumbangan itu diagihkan pada Selasa kepada anggota PDRM dan RELA yang berkawal di lapan Sekatan Jalan Raya (SJR) di  Sarikei bermula 1 hingga 14 Jun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh wakil Dato’ Sri Huang, Kapitan Ling Dien Yong.

Dato’ Sri Huang dalam pada itu menyeru orang ramai mengamalkan kawalan kendiri dan terus mematuhi SOP PKP bagi mengelak dikenakan tindakan.

Lapan lokasi SJR di sekitar Sarikei adalah Jalan Rentap, Kampung Seberang Sarikei; Jalan Masjid Baru (Hadapan Masjid Al-Mutaqqin); Jalan Repok (Hadapan SK St Anne); Jalan Meranti (Jambatan Nyelong Sarikei); Nyelong by Pass; Jalan Getah; Jalan Repok (Hadapan SMK Tinggi) dan Jakar (KM 12 Jalan Utama Sarikei-Saratok). – EDISI UKAS