SABTU, 12 JUN 2021
BELAGA: Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang telah menyantuni para petugas yang mengagihkan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0, pada Jumaat.
Pada masa yang sama beliau menyerahkan bantuan tersebut kepada Maren Uma Lato Juman yang mewakili 38 ketua isi rumah (KIR) rumah panjang Long Amo, Belaga.
Selain itu, bantuan turut diagihkan kepada Kampung Hijrah Jaya (27 KIR), Uma Kenyah Long Bangan, Belaga (170 KIR) dan Uma Badeng Long Dungan (52 KIR).
Di daerah Belaga, bantuan daripada Kerajaan Sarawak itu diagihkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Pejabat Daerah kepada penduduk yang layak terutamanya di luar bandar.-EDISI UKAS