AHAD, 13 JUN 2021
MATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Dr Juanda Jaya telah meninjau dua lokasi Pusat Pemberian Vaksin untuk Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 pada Sabtu.
Di Dewan Suarah Matu, seramai 480 orang penerima terdiri daripada warga emas dan orang awam menerima suntikan vaksin.
Sementara 120 orang penerima hadir mendapatkan vaksin itu di Klinik Kesihatan Daerah Kecil Igan.
Dato Dr Juanda berkesempatan menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada petugas kesihatan serta petugas keselamatan dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus menjayakan program suntikan vaksin COVID-19 tersebut.-EDISI UKAS