AHAD, 13 JUN 2021
SARIBAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam telah meninjau proses pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang BKSS di Dewan Perpaduan Debak, baru-baru ini.
Di DUN Saribas, seramai 4,300 ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan daripada Kerajaan Sarawak itu.
Mohammad Razi menasihatkan semua yang terlibat untuk proses pengagihan mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa penduduk Saribas yang berada di bandar Kuching yang turut terjejas akibat pandemik COVID-19 juga menerima bantuan tersebut.
Pada program berasingan, beliau meluangkan masa melawat suami kepada Ketua Wanita PBB Kampung Hilir Manggut Baidah Razak yang telah mengalami serangan jantung minggu lepas.
Beliau turut menyerahkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan perubatan Aziz Jaffar Embi.-EDISI UKAS