4,900 Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Untuk Penduduk Sibujaya

UKAS  > Edisi-Tengah >  4,900 Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Untuk Penduduk Sibujaya
0 Comments

ISNIN 14 JUN 2021

SIBU: Sebanyak 4,900 bungkusan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang telah diagihkan untuk penduduk di kawasan Sibu Jaya pada Ahad.

Pembungkusan makanan ini dilakukan di Perpustakaan Awam Sibu Jaya sebelum diedarkan.

Ia diagih dan dihantar mengikut setiap lorong yang di ketuai oleh Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong.

Sebelum ini beliau juga telah menghantar bakul makanan ke rumah panjang di sekitar Nanga Salim, Ulu Sg. Salim/Belalang, Sungai Pak, Sungai Durin, Sungai Durin Kiba dan Kampung Banyok.

Rata-rata penerima berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas bantuan tersebut. – EDISI UKAS