510 KIR Di DUN Stakan Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

UKAS  > Edisi-Selatan >  510 KIR Di DUN Stakan Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang
0 Comments

SELASA, 15 JUN 2021

STAKAN: Seramai 510 Ketua Isi Rumah (KIR) di dalam kawasan DUN Stakan menerima pek Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang BKSS 6.0 daripada kerajaan Sarawak pada Isnin.

Simbolik penyerahan bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Stakan, Mohamad Ainnie Wahab kepada ketua kaum kampung masing-masing dengan turut disertai Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Jerry Zannuddin Bidin.

Sebanyak tiga kampung di kawasan DUN Stakan yang menerima bantuan makanan tersebut ialah Kampung Sri Arjuna (210 KIR), Kampung Sidanu (50 KIR) dan Kampung RPR Batu 12 (250 KIR).

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg atas bantuan makanan yang disalurkan kepada KIR yang terjejas.

Beliau juga berharap agar bantuan tersebut serba sedikit dapat meringankan kesusahan penduduk yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-EDISI UKAS