BBP Bau Lakukan Sanitasi Awam Di Balai Raya Kampung Serikin

UKAS  > Edisi-Selatan >  BBP Bau Lakukan Sanitasi Awam Di Balai Raya Kampung Serikin
0 Comments

RABU, 16 JUN 2021

BAU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau melakukan sanitasi awam di balai raya Kampung Serikin pada Selasa.

Ketua BBP Bau, Tawang Lingem memberitahu, sanitasi awam dilakukan selepas balai raya tersebut digunakan dalam Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) COVID-19 yang dikendalikan oleh Petugas Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Bau.

“Proses sanitasi yang melibatkan dua anggota BBP Bau membabitkan kawasan luar dan dalam bangunan balai raya dan proses sanitasi yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan selamat,” katanya.

Menurutnya, ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 di balai raya tersebut. -EDISI UKAS