JAPEN Samarahan Giat Lakukan Hebahan Awam, Saran Masyarakat Daftar Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  JAPEN Samarahan Giat Lakukan Hebahan Awam, Saran Masyarakat Daftar Vaksin COVID-19
0 Comments

RABU, 23 JUN 2021

KOTA SAMARAHAN : Jabatan Penerangan (JAPEN) Samarahan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan mempergiatkan lagi “Info On Wheels” atau hebahan awam untuk Promosi Pendaftaran COVID-19 kepada masyarakat di Daerah Samarahan, pada Rabu.

Info yang dihebahkan adalah berhubung saranan kepada masyarakat untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin COVID-19 dengan menggunakan 5 cara iaitu melalui, Aplikasi MySejahtera di telefon mudah alih masing-masing, Pejabat Daerah atau Ketua Kampung yang telah dipertanggungjawabkan, Klinik Kesihatan yang berdekatan, Laman web www.vaksincovid.gov.my dan melalui Hotline Pendaftaran di talian 1-800-888-828.

Antara lokasi yang terlibat bagi hebahan awam JAPEN Samarahan ini ialah Kampung Meranek, Kampung Entingan, Kampung Nangka dan Kampung Pinang. -EDISI UKAS