KHAMIS, 24 JUN 2021
BA’KELALAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pedalaman Lawas diteruskan di Kampung Airport Semadoh.
Helikopter yang membawa 900 dos vaksin COVID-19 telah mendarat di Lapangan Terbang Lama, Kampung Airport Semadoh pada Rabu.
Sebaik tiba, kesemua kotak yang mempunyai peralatan suntikan dan vaksin COVID-19 telah dibawa ke Klinik Desa Kampung Airport Semadoh untuk disimpan di tempat bilik penyejukan.
Jumlah dos vaksin COVID-19 itu untuk keperluan penduduk di 12 buah kampung dan proses vaksinasi akan diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Long Semadoh Rayeh yang beroperasi pada Khamis. -EDISI UKAS