Ahli Parlimen Lawas Tinjau PPV Dewan Buduk Nur Dan Dewan Long Semadoh Rayeh

UKAS  > Edisi-Utara >  Ahli Parlimen Lawas Tinjau PPV Dewan Buduk Nur Dan Dewan Long Semadoh Rayeh
0 Comments

KHAMIS, 24 JUN 2021

BA’KELALAN: Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Buduk Nur pada Rabu. 

Kehadiran beliau yang juga Timbalan Menteri II, Pembangunan Luar Bandar ke PPV Dewan Buduk Nur telah disambut dan diberikan taklimat oleh Ketua Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dr. Amir Syahmi mengenai operasi semasa PPV Dewan Buduk Nur. 

Katanya, penduduk yang hadir di PPV ini menerima vaksin dos pertama jenis Sinovac. 

Beliau turut memperkenalkan lapan anggota ATM yang bersama bertugas dalam mengendalikan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sepanjang 7 hari di Ba’kelalan ini. 

Lawatan ini bagi meninjau suasana proses pemberian vaksin kepada penduduk di Daerah Ba’kelalan dengan kaedah suntik dahulu dan daftar kemudian. 

Dalam pada itu, pada sebelah pagi seramai 124 penduduk di Daerah Ba’kelalan telah menerima suntikan vaksin menjadikan jumlah mereka yang telah menerima vaksin COVID-19 seramai 405 orang.

Selepas itu, Dato Henry dan rombongan telah bergerak ke Long Semadoh Rayeh bagi meninjau susun atur dan operasi PPV Dewan Long Semadoh Rayeh sebelum ianya dibuka pada Khamis, jam 1.00 petang. -EDISI UKAS