JKK Kampung Agropolitan Seduku Baru, Lingga Laksana Sanitasi Awam

UKAS  > Edisi-Selatan >  JKK Kampung Agropolitan Seduku Baru, Lingga Laksana Sanitasi Awam
0 Comments

SABTU, 26 JUN 2021

LINGGA: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Agropolitan Seduku Baru, Lingga melaksanakan gotong-royong sanitasi awam di kawasan tersebut pada Sabtu.

Proses itu dilakukan dengan membuat ‘fogging’ ke setiap 162 pintu rumah dan ia memerlukan dua ke tiga hari untuk keseluruhan rumah di kampung tersebut.

Selain itu, barang keperluan lain seperti pelitup separuh muka, pencuci tangan serta beberapa bahan keperluan lain untuk membasmi kuman COVID-19 turut diagihkan kepada penduduk berkenaan.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan kepada 79 buah JKKK DUN Lingga untuk membeli keperluan seperti pelitup muka, pencuci tangan , bahan pencuci dan mesin nyahkuman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

JKKK serta penduduk Kampung Agropolitan Seduku Baru amat berterima kasih terhadap inisiatif wakil rakyat tersebut.-EDISI UKAS