Pertubuhan Meninggikan Ahklak Che Chuan Sri Aman Khor Sumbang Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pertubuhan Meninggikan Ahklak Che Chuan Sri Aman Khor Sumbang Makanan Buat Petugas Barisan Hadapan
0 Comments

SABTU, 26 JUN 2021

SRI AMAN : Pertubuhan Meninggikan Ahklak Che Chuan Sri Aman Khor telah menyumbangkan lebih 200 bekalan makanan kepada para petugas barisan hadapan di empat lokasi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, pada Sabtu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Temenggung Kuek Aik Seng kepada penerima yang terdiri daripada petugas di Hospital Sri Aman, Pejabat Daerah Sri Aman, Majlis Daerah Sri Aman dan PKRC Kompleks Sukan Sri Aman.

Sehubungan dengan itu, Temenggung Kuek berharap agar lebih banyak lagi pertubuhan-pertubuhan lain untuk turut serta menyumbang bantuan bagi membalas jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang berusaha memerangi penularan COVID-19. -EDISI UKAS