Atlet Dan Jurulatih Elit SUKMA Sarawak Mula Terima Vaksin 

UKAS  > Edisi-Selatan >  Atlet Dan Jurulatih Elit SUKMA Sarawak Mula Terima Vaksin 
0 Comments

ISNIN, 28 JUN 2021

KUCHING: Seramai 808 atlet dan jurulatih elit (SUKMA) Sarawak mula menerima vaksin secara berperingkat sebagai persediaan ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadual berlangsung pada Julai 2022.

Menteri Belia Dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dari jumlah tersebut, 154 para atlet dan jurulatih dari sekitar Kuching dan Samarahan mula menerima vaksin dos pertama di Stadium Perpaduan Kuching pada Isnin.

“Hari ini kita akan menyaksikan fasa pertama Program Vaksinasi Atlet dan Jurulatih di mana seramai 154 para atlet dan 41 jurulatih elit akan menerima suntikan dos pertama mereka.

“Difahamkan juga, Sarawak adalah yang pertama melakukan inisiatif untuk memberi suntikan vaksin kepada para atletnya,” ujar beliau semasa sidang media Program Vaksinasi Atlet dan Jurulatih Elit (SUKMA) Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching.

Mengulas lanjut mengenai pemberian vaksin untuk atlet di bawah umur 18 tahun, beliau berkata kementeriannya akan merujuk perkara tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala bagi atlet yang berada di luar Sarawak akan mendapatkan temujanji vaksin melalui aplikasi Mysejahtera.

Dalam pada itu, Penolong Ketua Jurulatih Skuad Tenpin Boling Sarawak, Angelo Koay menjelaskan walaupun masa latihan singkat tetapi para pemain akan meningkatkan latihan dan yakin dapat mencapai sasaran tersebut.

Manakala bagi Atlet Sukan Tenpin Boling, Desmond Law Kwang Yew, beliau mengambil inisiatif dengan berlatih secara kendiri di rumah semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).-

Turut hadir Menteri Muda Kementerian Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap kepada Menteri Belia dan Sukan Nancy Jolhi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee.-EDISI UKAS