Seramai 921 Lagi Penduduk Lundu Terima Suntikan Vaksin COVID-19

UKAS  > Edisi-Selatan >  Seramai 921 Lagi Penduduk Lundu Terima Suntikan Vaksin COVID-19
0 Comments

ISNIN, 28 JUN 2021

LUNDU: Program vaksinasi yang giat dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Lundu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Seramai 921 orang lagi penduduk di daerah Lundu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang melibatkan 528 orang untuk dos pertama dan 393 orang untuk dos kedua pada Ahad.

Proses vaksinasi di PPV tersebut berjalan lancar dan terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. –EDISI UKAS