ISNIN, 28 JUN 2021
KUCHING: Pusat Khidmat Padungan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ang Cheng Ho memberikan bantuan makanan Sarawakku Sayang kepada penjaja di Pasar Petanak pada Ahad.
Sejumlah 168 bungkusan bantuan makanan diagihkan dan mereka diminta mengemukakan lesen perniagaan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sebelum menerima bantuan tersebut.
Proses pengagihan bantuan berjalan dengan lancar yang diketuai oleh Kapitan Stanley Hu dan turut dibantu oleh Pemanca Dato John Tiong.
Para penjaja juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas keprihatinan terhadap rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. –EDISI UKAS