Projek Bina Sistem Perparitan Atasi Masalah Banjir Kilat Di Kampung Temedak

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Bina Sistem Perparitan Atasi Masalah Banjir Kilat Di Kampung Temedak
0 Comments

ISNIN, 28 JUN 2021

KUCHING: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) melakukan tinjauan ke tapak projek di Kampung Temedak pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memberitahu, banjir kilat kerap berlaku di kampung tersebut dan kawasan tersebut hanya bergantung kepada parit tanah.

“Projek ini dapat mengatasi masalah banjir kilat yang sering terjadi di kampung ini dan dapat memberikan manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Jelasnya, projek tersebut dilaksanakan sejak enam bulan lepas namun tergendala akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Projek ini sudah hampir siap dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan lagi,” ujarnya. –EDISI UKAS