Projek Bina Dewan Serbaguna Kampung Mantung Mara’u Giat Dilaksanakan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Bina Dewan Serbaguna Kampung Mantung Mara’u Giat Dilaksanakan
0 Comments

ISNIN, 28 JUN 2021

SERIAN: Projek membina Dewan Serbaguna Kampung Mantung Mara’u yang baharu menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 masih giat dilaksanakan.

Bagaimanapun, projek tersebut masih belum dapat disiapkan akibat kekangan pandemik COVID-19.

Difahamkan, projek berjumlah RM320,000 tersebut dijangka siap pada 8 Mei lepas.

Namun, projek tersebut tergendala susulan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan projek itu seharusnya dinilai semula dari aspek kekangan, kemampuan dan tempoh masa yang baharu agar tidak menimbulkan tanggapan negatif terhadap usaha kerajaan membangunkan kawasan luar bandar. –EDISI UKAS