Ladang Empressa Sumbang Peralatan Kepada Pejabat Daerah Beluru dan PPV Dewan Masyarakat Beluru

UKAS  > Edisi-Utara >  Ladang Empressa Sumbang Peralatan Kepada Pejabat Daerah Beluru dan PPV Dewan Masyarakat Beluru
0 Comments

KHAMIS, 1 JULAI 2021

BELURU: Sebuah syarikat perladangan Ladang Empressa Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan seperti meja banquet, kerusi dan kipas angin kepada Pejabat Daerah Beluru dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru pada Rabu. 

Ladang Empressa adalah sebuah syarikat perladangan kelapa sawit di kawasan Bakong. 

Menurut wakil syarikat Ladang Empressa, sumbangan ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat bagi membantu proses vaksinasi COVID-19 berjalan lancar. 

Sumbangan telah disampaikan kepada Pegawai Daerah Beluru, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPDB) Beluru Alfred Geling di perkarangan Pejabat Daerah Beluru pada Rabu. -EDISI UKAS